Wednesday, June 16, 2010
KESELAMATAN DALAM BENGKEL
KESELAMATAN
Keselamatan perlu dipraktikan di dalam bengkel supaya sebarangan kemalangan dapat dielakkan.
Di antara keselamatan yang perlu diambil beratkan ialah
1) Memakai apron semasa berada di dalam bengkel.
-untuk melindungi pakaian yang dipakai kotor dan mengurangkan penyebaran bakteria.
2) Buang segala barang perhiasan dan peribadi
- untuk menggelakkan sepihan makanan terkumpul di celah-celah barang perhiasan
- Untuk mengurangkan penyebaran bakteria.
3) Pakai safety boot semasa di dalam bengkel
- untuk mengelakkan sebarang kemalangan seperti jatuh akibat jalan licin,luka sekiranya peralatan tajam jatuh terkena kaki dan sebagainya
4) Jangan sentuh sebarang suis ketika tangan basah
untuk mengelakkan terkena kejutan elektrik
5) Gunakan peralatan mengikut peraturan dan teknik yang betul
- untuk mengelakkan dari luka.
DI ANTARA CONTOH LOGO KESELAMATAN IALAH SEPERTI DI BAWAH
Keselamatan perlu dipraktikan di dalam bengkel supaya sebarangan kemalangan dapat dielakkan.
Di antara keselamatan yang perlu diambil beratkan ialah
1) Memakai apron semasa berada di dalam bengkel.
-untuk melindungi pakaian yang dipakai kotor dan mengurangkan penyebaran bakteria.
2) Buang segala barang perhiasan dan peribadi
- untuk menggelakkan sepihan makanan terkumpul di celah-celah barang perhiasan
- Untuk mengurangkan penyebaran bakteria.
3) Pakai safety boot semasa di dalam bengkel
- untuk mengelakkan sebarang kemalangan seperti jatuh akibat jalan licin,luka sekiranya peralatan tajam jatuh terkena kaki dan sebagainya
4) Jangan sentuh sebarang suis ketika tangan basah
untuk mengelakkan terkena kejutan elektrik
5) Gunakan peralatan mengikut peraturan dan teknik yang betul
- untuk mengelakkan dari luka.
DI ANTARA CONTOH LOGO KESELAMATAN IALAH SEPERTI DI BAWAH
JUS CARROT STRAWBERY
LANGKAH-LANGKAH KERJA MEMBUAT JUS CARROT STRAWBERY
PERALATAN YANG DIPERLUKAN ADALAH SEPERTI:
GELAS 1
JUG PENYUKAT 1
JUG 1
BLENDER 1
MANGKUK KECIL 2
SUDU 2
BAHAN -BAHAN UNTUK MEYEDIAKAN JUS CARROT STRAWBERY IALAH:
2 BIJI CARROT
100 GM SUSU PERASA STRAWBERY
200 GM AIR
2 SUDU BESAR GULA
CARA - CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Masukkan kesemua bahan kedalam ke dalam blender.
2. Kisar sehingga hancur.
3. Tuangkan hasil jus tadi ke dalam gelas.
4. Hias gelas jus mengikut kreativiti sendiri.
PROJEK 2.....
DEFINISI JUS
Jus adalah cecair semulajadi yang mengandungi zat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Jus terhasil daripada perahan buah atau sayuran tanpa mengandungi bahan pengawet yang lain.
KEBAIKAN JUS
1) Minuman yang menyegarkan
2)Mengandungi kandungan glycemic yang baik untuk tahap gula di dalam darah
3)Untuk keihatan tubuh badan
4)Mengandungi kalori dan zat yang cukup untuk badan
KOMBINASI JUS
Pengambilan jus sayuran hijau sebanyak 1 liter setiap hari sudah memadai untuk kesihatan tubuh badan dan kandungan gula di dalam badan. Jus hijau mengandungi 50% kandungan protein. Jus merupakan makanan yang membina dan mengandungi kandungan mineral. Antara contoh jus hijau ialah jus seleri dan jus timun
KHASIAT JUS ANEKA CAMPURAN
1. Jus carrot dan bayam
- Dapat mengurangkan penyakit lelah
-Jus ini mengandungi vitamin A,B,C,E magnesium. Segala zat ini diperolehi daripada carrot dan bayam
Cara menyediakannya:
A) 3 helai daun bayam, 5 biji carrot dan air secukupnya.
B) Campurkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
c) Kisar hingga hancur.
d) Tapis jus yang terhasil dan tuang ke dalam gelas.
e) Untuk sedapkan rasa tambah ais ketul ke dalam jus
2. Jus carot,lobak putih, dan kunyit
- Dapat mengurangkan masalah jerawat
-Jus ini mengandungi B2,dan beta karoten
Cara menyediakannya:
A) 4 biji carrot, 1 biji lobak putih dan 2 cm kunyit, air secukupnya dan dimasukkan ke dalam mesin pengisar.
B) Kisar sehingga hancur
c) Tapis jus dan masukkan ke dalam gelas
d) Siap untuk di hidang
- Sesuai diminum pada waktu pagi
KAEDAH PENGHASILAN JUS YANG BAIK
1)Menggunakan pengisar yang baik
2)Simpan jus dalam bilik suhu dan lebih baik di simpan dalam peti sejuk
MEMBUAT SANDWICH TUNA
LANGKAH -LANGKAH KERJA UNTUK MENYEDIAKAN SANDWICH TUNA
Sebelum menyediakan sandwich kita perlu membuat persiapan dari segi peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sandwich.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN ADALAH SEPERTI:
a. Mangkuk 4
b. Pisau 1
c. Papan pemotong 1
d. Sudu besar 3
e. Sudu teh 2
f. Pinggan makan 3
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH:
Bahan Utama
2 keping roti
1 tin tuna
2 biji bawang
1 biji cili merah
3 sudu besar mayonis
secubit garam
secubit lada hitam
1/2 lettuce
1 biji tomato
Bahan hiasan
1 biji oren sunquik
3 biji ceri
1 biji timun
CARA MENYEDIAKANNYA.
1. Masukkan tuna,bawang,cili besar,mayonis.lada hitam dan garam ke dalam mangkuk
2. Gaul sehingga sebati
3. Ambil sekeping roti,kemudian sapukan sedikit mayonis ddi atas roti dan ratakan.
4. Ambil sesudu inti tuna dan letakkan di tengah-tengah roti. Ratakan inti di sekeliling roti.
5. Susun lettuce dan buah tomato di atas inti
6. Ambil sekeping lagi roti dantutup inti
7. Potong sandwich dalam bentu 3 segi.
8. Letakkan sandwich di tengah-tengah pinggan makan.
9. Hias sandwich tuna mengikut kreativiti sendiri.
10. Siap untuk dihidang.
PENGENALAN SANDWICH
Assalammualaikum....
Hari nie saya nak mengajak kawan-kawan mengenal apa itu sandwich dan dari mana dapatnya nama sandwich.
SEJARAH SANDWICH
Sandwich diambil sempena nama Earl of Sandwich iv,seorang Aristokrat Inggeris abad ke 18 yang merupakan pengemar bermain kad. Kebiasaannya Earl of Sandwich bermain kad tanpa berhenti untuk makan. Setiap kali bermain dia akan membawa 2 keping roti yang menyepit daging untuk dijadikan makanannya semasa bermain kerana sambil bermain dia boleh makan. Dari situla dapatnya nama sandwich.
STRUKTUR SANDWICH
Sandwich yang lengkap mengandungi 4 bahagian:
a) Roti
-Roti yang digunakan untuk membuat sandwich dipanggil sandwich bread yang berbentuk segi empat. Selain sandwich bread , roti lain juga boleh digunakan seperti french loaf,hamburger bun,hotdog bun, biskut dan sebagainya.
b) Spread/ olesan
- Berupa makanan yang lembek supaya senang dioles di permukaan roti.Olesan ini bertujuan untuk menambah rasa dan sebagai pelekat.
- Olesan yang digunakan haruslah mudah dioles dan tidak berair serta basah.Contoh olesan yang sering digunakan adalah seperti butter,mayonis,majerin dan minyak zaitun.
c) Isian /filling
- Isian adalah bahan makanan yang akan diletakkan pada roti. Contoh-contoh isian adalah seperti tuna,cheese,hamburger dan sebagainya
d) Garnish/hiasan
- Hiasan dibuat dari bahan makanan yang berfungsi untuk memberi hiasan pada sandwich sehingga nampak menarik dan merangsangkan selera makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)