
Assalammualaikum....
Hari nie saya nak mengajak kawan-kawan mengenal apa itu sandwich dan dari mana dapatnya nama sandwich.
SEJARAH SANDWICH
Sandwich diambil sempena nama Earl of Sandwich iv,seorang Aristokrat Inggeris abad ke 18 yang merupakan pengemar bermain kad. Kebiasaannya Earl of Sandwich bermain kad tanpa berhenti untuk makan. Setiap kali bermain dia akan membawa 2 keping roti yang menyepit daging untuk dijadikan makanannya semasa bermain kerana sambil bermain dia boleh makan. Dari situla dapatnya nama sandwich.
STRUKTUR SANDWICH
Sandwich yang lengkap mengandungi 4 bahagian:
a) Roti

b) Spread/ olesan

- Olesan yang digunakan haruslah mudah dioles dan tidak berair serta basah.Contoh olesan yang sering digunakan adalah seperti butter,mayonis,majerin dan minyak zaitun.
c) Isian /filling

- Isian adalah bahan makanan yang akan diletakkan pada roti. Contoh-contoh isian adalah seperti tuna,cheese,hamburger dan sebagainya
d) Garnish/hiasan

- Hiasan dibuat dari bahan makanan yang berfungsi untuk memberi hiasan pada sandwich sehingga nampak menarik dan merangsangkan selera makan.
No comments:
Post a Comment